Hanya Yang Setia Akan Dipilih Sebagai Calon BN/UMNO Kata Zahid

- Advertisement -

Kota Kinabalu – UMNO memberi gambaran hanya mereka yang setia terhadap parti akan diberi keutamaan sebagai calon di dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu turut menolak untuk menerima sebarang dana berbanding kesetiaan yang ditunjukkan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Antara jumlah dana yang besar dengan kesetian yang besar saya memilih kesetiaan. Dana boleh di cari namun kesetiaan tidak boleh di beli.

“Pemimpin diuji dengan kesetiaan, kerana melihat sedikit sahaja cahaya berkilapan seolah-olah hujan lebat akan turun kepadanya.

“Mereka (pemimpin yang melompat) mengharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari,” tegasnya.

Zahid yang juga merupakan Pengerusi BN itu berkata demikian ketika melancarkan Jentera Pemuda BN Sabah di Kundasang, pada Ahad.

Zahid turut menzahirkan rasa kagum terhadap ahli parti yang telah menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi di saat parti itu kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum yang lalu.

“Rangkap (peribahasa) tadi seharusnya menyedarkan kita (erti kesetiaan) kerana tidak lama kita di uji hanya 22 bulan.

“(Sebab itu) saya kagum dengan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO kerana mereka tidak pernah berganjak dari medan peperangan malah terus setia menyokong parti,” ujar Zahid lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat