PRK DUN Slim Ditentukan 23 Julai Ini – SPR

Kerajaan Pahang Nafi Laksana PKPD Di Kuantan, Pekan dan Bentong

KUANTAN - Kerajaan Pahang menafikan ada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kuantan, Pekan dan Bentong susulan satu kes positif Covid-19...

i-Sinar Dibuka Kepada Semua Ahli Yang Terjejas Mengikut Kriteria Kelayakan

KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman ‘Langkah Sheraton’

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berhubung kekosongan kerusi DUN Slim.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini di ibu pejabatnya untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuk daftar pemilih yang akan digunakan bagi DUN tersebut.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom.

“Berdasarkan Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan – “Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh yang dipastikan oleh SPR kekosongan itu berlaku”

“Justeru itu, Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom, yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan, dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Khusairi, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 4.15 petang di Hospital Bentong, Pahang selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort pada jam 2.30 petang.

Allahyarham merupakan wakil rakyat Slim selama empat penggal sejak 2004.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Allahyarham mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zulfadli Zainal yang mewakili Pas.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan