Tiada rakyat Malaysia sepatutnya menua dalam keadaan takut miskin, PM cadang KWSP teroka simpanan persaraan cukup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata dalam visi kerajaan tiada rakyat Malaysia yang sepatutnya menua dalam ketakutan terhadap kemiskinan, ketakutan terhadap pengabaian atau ketakutan terhadap kehilangan relevansi.

Justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Malaysia perlu mengubah tumpuan daripada simpanan sekali gus kepada pendapatan persaraan yang mampan seiring dengan peningkatan jangka hayat rakyat.

Menteri Kewangan itu berkata, langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meneroka pendekatan baharu untuk meningkatkan kecukupan simpanan persaraan adalah tindakan yang tepat, pantas dan wajar dipuji.

Menurut Anwar lagi, semua pihak ketika ini perlu memikirkan langkah bagaimana untuk membina satu sistem yang mencerminkan solidariti yang lebih kukuh, khususnya untuk mereka yang mempunyai pendapatan sepanjang hayat yang terhad.

“Warga emas Malaysia hari ini lebih sihat, lebih berpendidikan dan lebih berkemampuan berbanding sebelum ini. Dengan sokongan yang betul, ramai yang masih boleh terus menyumbang melalui pekerjaan, bimbingan atau khidmat masyarakat.

“Di seluruh dunia, negara-negara sedang menilai semula dasar tenaga kerja dan persaraan sebagai respons terhadap jangka hayat yang lebih panjang, lebih sihat serta perubahan dalam kecenderungan kerja,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2025 (ISWC 2025) lapor BH pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ketika ini, banyak negara luar telah mula melaraskan umur persaraan, dengan menyeimbangkan antara kelestarian fiskal dan keinginan individu untuk terus aktif.

Pembaharuan itu turut disertai dengan peningkatan fleksibiliti di tempat kerja dan usaha untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif usia.

Malah katanya, penstrukturan semula tenaga kerja berlaku pada saat pasaran buruh Malaysia sedang mengalami perubahan struktur.

“Ekonomi kita kini dibentuk semula oleh usahawan mikro, pekerja gig dan golongan bekerja sendiri.

“Di bawah kerangka Ekonomi Madani, kita komited untuk meningkatkan potensi ekonomi dengan melabur dalam pendigitalan, inovasi inklusif dan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Malah ketika kita bersedia menghadapi kehidupan yang lebih panjang, kita juga mesti melindungi dunia tempat kehidupan itu berlangsung. Ekonomi umur panjang yang benar-benar mampan ialah ekonomi yang berkhidmat untuk manusia dan juga dunia ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat