Simon Cowell kembali ceria

- Advertisement -

Los Angeles: Penerbit, Simon Cowell, 61, semakin pulih dan kelihatan lebih sihat selepas kemalangan ditimpa basikal elektrik tahun lalu.

Cowell baru-baru ini meluangkan masa keluar menikmati makan malam bersama keluarganya di sebuah lokasi ternama.

Pada wajahnya terserlah kegembiraan dengan keadaan terbarunya.

Beberapa hari lalu, dia juga sempat meluangkan masa bersama rakannya, Robbie Williams bersama pasangan masing-masing.

Sejak kemalangan itu, Cowell dilaporkan turun berat badan berikutan masalah kesihatan. Namun, dia sudah kembali bekerja dan terbabit dalam penggambaran musim baharu America’s Got Talent.

Terdahulu, Cowell terpaksa menjalani pembedahan akibat mengalami keretakan serius pada bahagian belakang selepas terjatuh dari basikal elektrik, pada Ogos 2020.

Cowell dilaporkan berada di bilik pembedahan selama enam jam untuk menjalani beberapa prosedur termasuk memasukkan besi pada bahagian belakangnya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat