Kerani Rugi Lebih RM255,000 Ditipu Menang Peraduan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Gara-gara tertarik dengan wang hadiah peraduan tanpa memeriksa terlebih dahulu kebenarannya seorang kerani sebuah kedai buku di Mergong di sini mengalami kerugian RM255,250.99.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar, wanita berusia 25 tahun yang menetap di Alor Setar itu menerima mesej melalui WhatsApp pada 17 April lalu mengatakan dia telah memenangi peraduan dari sebuah syarikat produk makanan dan minuman terkenal sebanyak RM3,300.

Katanya, mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan wang bagi mencukupkan nilai pada cek yang disediakan oleh pihak syarikat berkenaan.

Tanpa membuat semakan terlebih dahulu, mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak 52 kali ke lapan akaun berbeza secara deposit tunai di mesin juruwang automatik (ATM) sehingga mencecah jumlah RM255,250.99.

Bagaimanapun mangsa berasa curiga dan mula sedar ditipu apabila suspek sekali lagi menghubunginya dan meminta mangsa membuat pindahan wang sekali lagi.

Elias berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 10 Mei lalu untuk memaklumkan kejadian itu.

Ekoran daripada itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Elias menasihati orang ramai jangan mudah percaya pada panggilan atau WhatsApp menyatakan mereka telah memenangi sebarang peraduan dan meminta supaya membayar kos untuk mendapatkan hadiah.

Katanya, sebelum melakukan sebarang pemindahan orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersil termini melalui http://www Facebook.com/CybercrimeAlertRMP/ atau http://www.facebook.com/JSJKPDRM.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat