Rekod Tertinggi 45 Kematian, 4,446 Kes Baru Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kes tertinggi kematian Covid-19 dengan 45 kematian dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak itu bertambah kepada 1,957 kes.

Sebelum ini kes tertinggi kematian akibat Covid-19 direkodkan adalah 44 kematian yang dilaporkan kelmarin (15 Mei).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka kematian itu membabitkan 44 warganegara dan satu bukan warganegara.

Beliau berkata, kes baharu Covid-19 di negara ini pula merekodkan 4,446 kes hari ini berbanding semalam 3,780 menjadikan jumlah kumulatif adalah 474,556 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 hari ini iaitu sebanyak 1,650 kes.

“Ini diikuti Sarawak (433 kes), Johor (391 kes), Kelantan (343 kes) dan Kuala Lumpur (297 kes).

“Sebanyak 4,443 kes adalah penularan tempatan membabitkan 4,230 warganegara dan 213 bukan warganegara manakala tiga lagi kes import membabitkan rakyat negara ini.

“KKM turut merekodkan sebanyak 2,794 kes pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 429,103 kes, manakala 43,506 kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, seramai 522 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 273 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat