Mukhriz Lepas Jawatan MB Kedah Berkuatkuasa Serta Merta

- Advertisement -

ALOR SETAR- Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumum melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta.

Mukhriz berkata ia susulan selepas beliau kehilangan kepercayaan oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Pagi ini saya telah sembah maklum kepada Tuanku Sultan (Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) bahawa atas sebab saya telah kehilangan kepercayaan majoriti dalam kalangan ADUN, maka dengan ini saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berkuatkuasa serta merta.

“Saya doakan mudah-mudahan Allah SWT terus mengekalkan keamanan dan memakmurkan negeri dan rakyat Kedah dengan penuh keberkatan, keredhaan dan kerahmatan hendaknya,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mukhriz turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan yang telah memberikan kerjasama baik dalam merealisasikan dasar dan pendekatan sepanjang tempoh memimpin negeri ini.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat