Coronavirus: Obama “Kritik” Trump Secara Terbuka

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Tidak seperti di tempat-tempat lain, amat jarang berlaku di negara ini satu keadaan dimana bekas Presiden mengkritik pengganti mereka dalam apa urusan sekalipun – secara terbuka.

Sepertinya Bill Clinton tidak pernah mengkritik George Bush, George Bush tidak pernah mengkritik Barrack Obama dan sebagainya.

Tapi berlainan dengan Presiden Donald Trump bila cara pentadbirannya mengendalikan wabak Covid-19 di negara itu yang setakat ini telah mengorbankan lebih 80,000 orang diseluruh negara tersebut, mendapat kritikan dari Obama.

Dalam satu ucapan sempena alu aluan sempena hari graduasi yang dibuat secara maya, Obama mengkritik cara pandemik Coronavirus dikendalikan di negara itu, sekalipun tidak menyebutkan nama Trump secara terus.

Kata Obama, “Pandemik ini telah menyingkap sepenuhnya tirai disebalik idea (kononnya) orang yang bertanggungjawab, tahu apa yang mereka sedang lakukan. Kebanyakan mereka (sebenarnya) tidak berpura pura tahu pun apa yang mereka sedang buat”,

“Jika dunia ini mahu jadi lebih baik, ia adalah terpulang kepada anda”, kata Obama lagi semalam.

Kritikan ini mungkin ada kaitan dengan kenyataan pada hari sama oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kayleigh McEnany yang memuji cara pentadbiran Trump mengendalikan pandemik tersebut kononnya telah menyelamatkan banyak nyawa (walaupun hakikatnya lebih 80 ribu orang telah mati).

Menurut CNN, kritikan terbuka ini hadir setelah Obama dikatakan mengkritik pentadbiran Trump dalam hal sama secara peribadi ketika berbual dengan bekas kakitangan pentadbirannya melalui panggilan telefon minggu sudah – CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat