Majoriti pengguna diesel tak boleh ‘work from home’, ini bukan bahan api gaya hidup – Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan dasar harga bahan api negara seolah-olah Malaysia memiliki dua sistem ekonomi berbeza.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, Malaysia hari ini berada dalam keadaan yang luar biasa apabila harga petrol RON95 atau “Budi95” yang dinikmati rakyat pada RM1.99 seliter merupakan antara yang kesembilan paling murah di dunia, tetapi pada masa yang sama harga diesel negara berada pada kedudukan ke-103 dunia, sekali gus menjadikannya antara diesel paling mahal di dunia.

Ka Siong menegaskan bahawa ini menunjukkan kepada fenomena “satu negara, dua realiti yang langsung tak selari”.

Kata beliau, lebih membimbangkan harga diesel di Semenanjung iaitu kawasan utama perindustrian negara lebih mahal daripada negara-negara pengimport tenaga seperti China, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

“Negara yang tak ada sumber minyak pun boleh kawal harga lebih baik daripada kita. Kenapa kita tidak?

“Jadi persoalannya, apa sebenarnya strategi kita? Sekarang, kerajaan perlu faham satu perkara asas iaitu diesel di Malaysia bukan digunakan oleh segelintir pemilik 4×4 sahaja.

“Majoriti penggunaan diesel datang daripada sektor pertanian dan industri. Forklift, mesin bajak, mesin menuai, generator, kren, lori kilang, semua ini bergantung kepada diesel. Ini bukan bahan api gaya hidup, ini bahan api ekonomi.

“Petrol, kita mungkin boleh kurangkan penggunaannya. Tapi, diesel nak kurangkan macam mana? Tak boleh work from home,” bidas Ka Siong dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Tambah beliau, apabila harga diesel naik ia bukan sekadar naik satu kos sebaliknya ia akan mencetus kesan berantai.

“Kos pertanian naik, kos pengangkutan naik, kos keluaran dan pembuatan naik, kos makanan naik, harga barang naik.

“Akhirnya, rakyat sebagai pengguna yang terpaksa tanggung atas semua kenaikan ini.

“Satu perkara yang kerajaan mesti ingat, bila harga barang sudah naik, ia jarang dan susah nak turun semula.

“Walaupun harga diesel turun dan bila perniagaan tutup kerana kos terlalu tinggi, ia bukan mudah untuk buka semula pengoperasiannya,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat