Kamu percaya Trump beritahu perang AS-Iran akan tamat? – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kesahihan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kononnya perang antara AS-Iran akan berakhir.

“The Iran-Us war will end soon, kata Trump.

“Do you believe him? soal Dr Mahathir ringkas dalam catatan di media sosialnya pada Jumaat.

Sebelum itu media melaporkan, Presiden AS itu mengesahkan, perjanjian dengan Iran bagi menamatkan perang yang berlarutan lebih enam minggu hampir dicapai.

Jelas beliau, pusingan kedua rundingan damai secara bersemuka antara Washington dan Tehran dijangka berlangsung hujung minggu ini.

“Jika itu berlaku, harga minyak akan turun dengan ketara, inflasi akan menurun dan anda tidak akan menghadapi isu nuklear,” katanya kepada pemberita di White House.

Beliau menyatakan perkara itu ketika gencatan senjata dua minggu yang sedang berlangsung dijadual tamat pada 22 April ini.

Rundingan antara Washington dan Tehran ketika ini dimediasi Pakistan, dengan pusingan pertama rundingan pada hujung minggu lalu berakhir tanpa sebarang persetujuan.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan Reuters yang memetik kenyataan sumber, usaha rundingan kini menunjukkan perkembangan positif termasuk dalam beberapa isu kritikal.

Semalam, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth berkata, tentera AS sedia menyambung semula pertempuran dengan Iran jika perjanjian antara Washington dan Tehran tidak dicapai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat