Titah Adendum Agong: Saya berdoa ia akan berjaya – Ahmad Maslan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini berkongsi perasaan tenangnya selepas membaca Afidafit Tambahan no. 3 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum Yang Dipertuan Agong mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Ahmad Maslan turut berdoa semoga agar Titah Adendum yang mengarahkan hukuman Najib ditukar kepada tahanan di rumah itu berjaya dilaksanakan.

“Bila saya selesai membaca Afidavit Tambahan no. 3 oleh TPM1, Presiden UMNO YAB DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang tersebar di media sosial, maka minda & jiwa saya menerimanya dengan tenang.

“Seumpama air di tasik yang tanpa adanya sebarang gelora ombak.

“Saya terus berdoa agar ianya akan berjaya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat