PJD Link dibatal, pemaju gagal penuhi syarat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) .

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Kabinet bersetuju untuk membatalkan projek itu selepas pemajunya gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

“Wakil daripada PJD Link telah meminta masa tambahan untuk memenuhi beberapa syarat duluan, tetapi permintaan mereka ditolak oleh kerajaan.

“Akibat kegagalan mereka memenuhi syarat terdahulu, projek itu tidak akan diteruskan,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Rabu.

Fahmi juga menyatakan bahawa pemaju gagal memenuhi enam daripada 11 syarat ditetapkan.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) dijangka mengeluarkan kenyataan memperincikan keputusan di sebalik pembatalan projek itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat