Bijak Najib bawa kes ini ke mahkamah untuk lihat siapa kawan main wayang – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil memuji Datuk Seri Najib Razak yang dilihat bijak kerana membawa kes Titah Adendum (tambahan) ke mahkamah.

Hal ini kerana, pengadilan di mahkamah akan membuktikan kebenaran siapa kawannya yang bermain wayang dan menipu bekas Perdana Menteri itu.

Isham berkata demikian mengulas percanggahan fakta antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz terkait Titah Adendum membabitkan status penahanan beliau.

“Selepas Zahid buat afidavit, Zafrul pula kata dia ingin buat afidavit juga, dia kata untuk betulkan fakta.

“Penyokong Zahid kata kononnya Zahid yang ingin keluarkan Najib dan mereka ingin claim kredit, padahal Zahid dan kawan-kawan dia diam selama lebih dua bulan tentang addendum tahanan di rumah ini sejak Lembaga Pengampunan buat keputusan tentang pengampunan Najib dan Najib terus dipenjara.

“Selepas Najib memfailkan saman dan isu adendum ini keluar dan tidak boleh ditutup lagi barulah mereka kalut nak buat afidavit untuk lepas tengkuk masing-masing selepas ditanya akar umbi,” dakwa Isham.

Sepatutnya kata beliau, Zahid telah buat kenyataan terbuka berkenaan perkara ini dua bulan lepas, bukan baru sekarang.

“Syabas lakonan geng ubi dan geng Semangat 47.

“Zafrul ingin cakap apa dalam afidavit dia dan apa fakta yang dia ingin betulkan? Adakah dia ingin betulkan apa yang Zahid kata dan afidavit Zahid itu tidak tepat contohnya Zahid menipu?

“Banyak betul tipu menipu dalam geng Ubi dan geng Semangat 47 ini,” tempelak beliau.

Bagaimanapun kata Isham, yang bijak Najib, dia bawa perkara ini ke mahkamah supaya dia boleh lihat siapa “kawan” dia yang main wayang dan menipu dia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat