Tengku Zafrul tidak setuju beberapa fakta dalam afidavit Zahid terkait Titah Adendum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tampil memperbetul beberapa fakta yang diikrarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terkait Titah Adendum membabitkan status tahanan Datuk Seri Najib Razak.

Meskipun menyatakan beliau melihat afidavit tambahan itu namun Tengku Zafrul ingin memperbetul beberapa fakta.

“Saya ingin menyatakan secara rasmi bahawa pada hari ini saya telah melihat Afidavit Tambahan No. 3 yang diikrarkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 9 April 2024 dalam prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Datuk Seri Najib Razak di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Prosiding Semakan Kehakiman No. WA-25-136-04/2024.

“Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan,” jelas Tengku Zafrul dalam kenyataan pada Rabu.

Pun begitu, kata Tengku Zafrul tindakan beliau bukan berhasrat mempertikai merit isu itu sebaliknya sekadar memperbetul fakta.

“Pendirian saya bukan untuk mempertikaikan merit isu yang sedang berlangsung.

“Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya Mahkamah Tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan sewajarnya.

“Ini akan membolehkan keputusan yang adil dan saksama dibuat demi kepentingan semua pihak yang terlibat,” kata Tengku Zafrul.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melihat kandungan Titah Adendum yang menyatakan bahawa pemohon yakni Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan kepada “tahanan rumah” dan bukannya pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.

Zahid selaku ‘saksi kritikal’ mendakwa kandungan Titah Adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 dimeterai oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat