Penjualan Saham Iskandar Malaysia Studio Tindakan Tepat – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menjual 100 peratus pegangan sahamnya dalam Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) kepada GHY Culture & Media Holding Co Ltd yang berpangkalan di Singapura disifatkan sebagai satu keputusan yang tepat daripada terus dihimpit beban hutang dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar meskipun Khazanah gagal daripada perancangan asalnya namun penjualan aset itu adalah tindakan tepat.

“Apa yang Khazanah buat itu betul. Perancangan asal gagal tapi penjualan itu tepat.

“Khazanah perlu tanggung kos selenggara studio itu RM10 juta setiap tahun, tapi studio tidak diguna. Khazanah bukan entiti sesuai untuk membawa masuk filem sebab itu bukan perniagaan utama mereka.

“Bayangkan kerjasama dengan Pinewood tapi dah ditamatkan pada 2019 (pandemik) takkan Khazanah nak jadi studio operasi, mesti nak kena cari syarikat yang boleh bawa masuk filem-filem ke Malaysia ini bukan core business Khazanah dan takkan mereka nak tanggung kerugian setiap tahun sebab studio tidak digunakan dan saya difahamkan studio ini sangat canggih untuk industri filem tempatan,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Menurut beliau lagi, sebelum Khazanah jual kepada GHY ini mereka sudah tanya entiti tempatan minat atau tidak untuk ambil alih Iskandar Studio.

“Mereka nak entiti yang ada perancangan yang boleh bawa banyak filem. GHY Group di Singapura ada rangkaian luas di Hong Kong, China yang boleh bawa masuk filem yang boleh buat penggambaran.

“Pegangan Khazanah dalam syarikat operasi itu sahaja yang dijual tapi tanah tersebut masih lagi milik Khazanah. Aset itu milik Khazanah jadi daripada Khazanah tanggung rugi lebih baik jual kepada syarikat yang boleh bawa masuk pelaburan,” katanya.

Meskipun mengakui pegangan saham itu dijual pada harga rendah namun ia adalah jalan keluar terbaik berbanding membiarkan Khazanah terus menanggung kerugian besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat