JHEV ATM Bantu Veteran Tentera Menerusi Program Sinar Aidilfitri

- Advertisement -

CYBERJAYA – Hasrat Kementerian Pertahanan dalam merealisasikan Pelaksanaan dan Halatuju Kertas Putih Pertahanan (KPP) terus konsisten dengan membantu Veteran ATM yang tergolong dalam golongan rentan ekonomi menerusi Program Sinar Aidilfitri Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Menerusi program kolaborasi strategik ini, YLTAT dan JHEV ATM membuat kunjungan kebajikan ke rumah Veteran ATM dan balu yang mengalami sakit kritikal serta tinggal dalam keadaan daif.

“Disamping bertanya khabar, sumbangan wang tunai secara one-off serta barangan keperluan harian kepada dua Veteran ATM yang juga merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) melalui JHEV telah diberikan kepada kedua-dua penerima manfaat untuk membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Ketua Eksekutif YLTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin diiringi Pengarah JHEV Cawangan Negeri Selangor, Komander Azman bin Yusoff TLDM,” kata JHEV ATM dalam kenyataannya hari ini.

Dua penerima yang menerima bantuan tersebut salah seorangnya ialah Abdullah bin Ramli, 63, yang menghidap strok serta hilang deria kawalan pembuangan najis. Veteran tidak berpencen ini juga telah menerima Bantuan Peralatan Pesakit yang disalurkan melalui JHEV ATM.

Manakala seorang lagi, Puan Hamsiyah binti Tepap @ Abdul Wahab, balu kepada Allahyarham Abd Hamid bin Abd Majid, berusia 75 tahun yang menghidap kerosakan saraf kaki dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda (berstatus OKU).

Terdahulu, YLTAT dengan Kerjasama JHEV telah menyantuni Encik Mohamad Redzwan bin Sumiri di Selayang, Selangor, Puan Enson binti Sukira, balu veteran Allahyarham Zulkifli bin Abdullah di Cheras, Kuala Lumpur dan Puan Aniza binti Jamaludin, balu veteran Allahyarham Sarjan Ahmad bin Saadan di Puchong, Selangor.

Untuk rekod, Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) telah ditubuhkan pada 26 April 2000 oleh Syarikat Kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Kumpulan LTAT) yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (BHB) dan dahulunya dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (YWP).

Pada 1 Mei 2021, Yayasan LTAT telah melalui transformasi serta penstrukturan semula dan diuruskan secara sepenuh masa oleh pengurusan dan kakitangannya sendiri dengan tujuan utama penubuhan iaitu untuk menjaga kebajikan serta membiayai pendidikan anak-anak anggota dan Veteran ATM.

“Sebagai institusi yang berfokus kepada pendidikan dan kebajikan warga ATM, YLTAT akan kekal komited dalam merangka inisiatif yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan kebajikan perwira negara serta ahli keluarga mereka dengan bekerjasama bersama pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Di antara September hingga Disember 2022, YLTAT telah memperuntukkan sumbangan bagi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pendidikan dan kebajikan sebanyak RM3,832,489 yang memberi impak kepada seramai 19,149 penerima manfaat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Mariana binti Abd Hamid, Eksekutif CSR Korporat YLTAT (016-328 3636) atau Cik Afiqah Muhassanah binti Ahmad Murad, Eksekutif Komunikasi Korporat YLTAT (018-261 3093).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat