Mahathir Mahu Teruskan Saman Terhadap Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan hasrat untuk meneruskan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menarik balik fitnah dan meminta maaf berhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkayakan keluarganya.

Menerusi tulisan ‘Cari Gaduh’ di Facebook petang tadi, Dr Mahathir berkata, tindakan saman diambil kerana Anwar masih meneruskan fitnah terhadapnya walaupun selepas berjaya menjadi Perdana Menteri.

“Hari ini, hari terakhir untuk Datuk Seri Anwar dan peguamnya menjawab surat dari peguam saya yang memintanya menarik balik fitnah dan meminta maaf kerana menuduh saya menyalah guna kuasa untuk memperkaya keluarga, jika tidak, saya telah arah peguam untuk teruskan tindakan undang-undang.

“Selain itu, saya juga diberitahu bahawa Anwar setelah peguam saya keluar surat meminta dia menarik balik fitnahnya, ketika berdialog dengan pelajar-pelajar universiti telah berkata bahawa dia tidak mahu bergaduh dengan saya.

“Ini agak pelik. Dia fitnah saya bermacam-macam selama berpuluh tahun. Masa itu pun bila minta tunjuk bukti, tak ada satu pun bukti yang dia tunjuk walaupun dengar cerita ada berkotak-kotak bukti dalam simpanannya,” katanya menerusi perkongsian itu.

Dr Mahathir menjelaskan, sebelum ini beliau tidak mengambil tindakan terhadap Anwar kerana menganggap serangan yang dibuat sebelum ini adalah perbuatan seseorang yang terdesak kerana terlampau mahu jadi Perdana Menteri.

“Tetapi hari ini, apabila dia dah jadi Perdana Menteri, dia masih teruskan fitnah. Jadi saya minta tarik balik dan jika tidak saya ambil tindakan undang-undang. Itulah yang saya lakukan. Jadi siapa yang cari gaduh?,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat