Setiap Jaringan Gol Ronaldo Bernilai RM553,000

- Advertisement -

LONDON – Cristiano Ronaldo akan menerima bonus £850,000 (RM4.7 juta) selepas meledak hatrik ketika membantu Manchester United meraih kemenangan 3-2 ke atas Norwich, semalam.

Menurut The Sun, Ronaldo sudah mencapai sasaran dalam klausa kontraknya berkaitan bonus selepas meraih 21 gol untuk musim ini.

Kontrak Ronaldo menyaksikannya akan meraih bonus £750,000 (RM4.1 juta) selepas mencapai 20 gol ditambah £100,000 (RM553,000) lagi untuk hatriknya.

Ronaldo kini akan menerima £100,000 (RM553,000) untuk setiap gol yang akan dijaringkannya pada baki musim ini.

United juga akan membayar penjaring terbanyak mereka £1 juta (RM5.5 juta) pada musim ini dan Ronaldo nampaknya hampir pasti untuk mencapai ganjaran itu memandangkan dia mempunyai kelebihan 12 gol berbanding pencabar terdekatnya, Bruno Fernandes.

Ronaldo akan menerima sekitar £2.75 juta (RM15.2 juta) secara keseluruhan jika dia berjaya mencapai 30 gol musim ini.

Walaupun pernah menerima kritikan sejak kembali ke United tahun lalu, Ronaldo memainkan peranan utama dalam usaha memastikan pasukannya menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.

Ronaldo menjaringkan hatrik ketika menewaskan Tottenham bulan lalu dan dia mengulangi kejayaan menentang Norwich di Old Trafford, semalam. – Hmetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat