Kepimpinan Wan Rosdy Perlu Dikekalkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Anak Muda Perantau Jelai menggesa kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail perlu dikekalkan lagi untuk penggal-penggal akan datang.

Menurut wakil mereka, Zahari Affendi bin Abd Kadir,  Wan Rosdy semenjak memegang jawatan Menteri Besar Pahang dilihat banyak membuat perubahan positif melalui pelaburan yang masuk ke negeri Pahang.

“Kami sememangnya sejak Dato’ Sri MB memegang tanggungjawab sebagai wakil rakyat kami di DUN Jelai dan sekarang memegang tampuk pimpinan di Pahang, kami dapat melihat cukup banyak perubahan positif berlaku kepada kehidupan ibubapa kami dan juga rakan-rakan kami yang tinggal di DUN Jelai.

“Perubahan ini dapat dilihat dari sudut sosio ekonomi, pembangunan, taraf hidup serta kemudahan yang telah dibina di Jelai.

“Kami sangat berharap kepimpinan YAB Dato’ Sri dapat diteruskan lagi untuk penggal-penggal akan datang yang mana kami percaya ia akan memberi kelebihan kepada DUN Jelai itu sendiri terutama pertambahan penawaran peluang-peluang pekerjaan, peluang perniagaan, dan pertambahan kualiti taraf hidup rakyat di DUN Jelai.” kata Zahari Affendi yang mewakili suara anak muda Jelai pada Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Pahang bersama Anak Rantau Jelai, pada Ahad.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli bin Mohd Noor.

May be an image of 1 person and standing
Zahari Affendi bin Abd Kadir berkata, Wan Rosdy semenjak memegang jawatan Menteri Besar Pahang melihat banyak perubahan positif berlaku melalui pelaburan yang masuk ke negeri Pahang.

Tambahnya lagi, pembangunan di DUN Jelai dapat dipertingkatkan lagi baik dari sudut ekonomi, pendidikan dan berharap suatu hari nanti wujud satu bandar baharu di kawasan Undangan Negeri Jelai.

Ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di Cameron Highlands dan Kuala Lipis.

Dalam pada itu, Wan Rosdy ketika berucap pada majlis tersebut mengumumkan peruntukan permulaan sebanyak RM50,000 kepada NGO yang bakal ditubuhkan anak rantau Jelai.

Jelas Wan Rosdy, dengan penubuhan NGO ini, anak rantau Jelai dapat melaksanakan program dan aktiviti yang dilaksanakan pada masa akan datang.

Kata Wan Rosdy lagi, program yang julung-julung kali ini diadakan ini berjaya menghimpunkan lebih 200 anak rantau Jelai pelbagai peringkat umur dan berharap agar diadakan lebih kerap pertemuan selepas ini.

“Istimewa sangat hari ni sebab dapat beramah mesra dan berbuka puasa bersama anak rantau Jelai di ibu kota.

“Alhamdulillah, program yang julung-julung kali diadakan ini berjaya menghimpunkan lebih 200 anak rantau Jelai pelbagai peringkat umur.

“Sebahagian besar mereka sudah lama tidak saya temui. Tetapi apabila bertemu tadi, kami tetap mesra seperti dulu. Mengingatkan saya kepada ibu bapa mereka di Jelai.

“Saya telah minta agar diadakan lebih kerap pertemuan selepas ini. Semoga hubungan silaturrahim ini semakin kerap dan utuh demi manfaat warga Jelai.” ujarnya. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat