Tabik buat Pengarah BPGN SPRM, Abd Aziz Aban

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Selepas 31 tahun menabur bakti di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Hj. Abd Aziz Aban menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN).

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan Abd Aziz mula bersara wajib pada 15 Mac 2024 dan sesi ‘clock out’ mengimbas keluar kad perakam waktu sebagai simbolik mengakhiri tugas beliau, telah berlangsung di Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat.

Abd Aziz memulakan kariernya di Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dan menjawat jawatan pertamanya pada tahun 1992 sebagai Pegawai Siasatan di Unit Siasatan, BPR Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting di peringkat negeri dan jabatan antaranya Pengarah SPRM Kelantan, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Pengarah Bahagian Perisikan , Timbalan Ketua Pengarah 1 Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut kenyataan itu lagi, oleh kerana pengalaman luas Abd Aziz dalam hal ehwal antarabangsa dan pengurusan polisi atau dasar SPRM serta kualiti kepimpinan tinggi yang ditunjukkan, telah melayakkan beliau dilantik sebagai Pengarah BPGN.

BPGN diwujudkan berkuat kuasa 18 April tahun lepas dan diserap ke SPRM susulan pembubaran GIACC yang terletak di bawah JPM sebelum ini.

“Selain itu Abd Aziz mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pengurusan rekod, teknologi maklumat serta pencegahan rasuah yang meliputi governans serta pengurusan integriti agensi.

“Sepanjang berkhidmat bersama SPRM akan menjadi kenangan terindah buat dirinya dan menghargai jasa serta pengorbanan semua pihak di suruhanjaya ini, ”Abd Aziz mengulas mengenai persaraannya.

“Ribuan terima kasih saya zahirkan kepada pengurusan tertinggi SPRM atas segala bimbingan, nasihat serta teguran yang diberikan sepanjang berkhidmat selama 31 tahun di sini,” katanya.

Dalam pada itu, majlis penyerahan nota serah tugas kepada Timbalan Pengarah BPGN SPRM Hj. Mohd Gunawan Che Ab Aziz disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Dato ’ Indera Junipah Wandi.

Tambah kenyataan itu lagi, sumbangan dan segala usaha yang telah diberikan Abd Aziz pasti jasanya tetap akan dikenang serta dijadikan panduan dan dorongan bakar semangat kepada warga SPRM yang akan meneruskan legasinya. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat