Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional – Presiden UMNO

- Advertisement -

TANAH MERAH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bukan UMNO yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN) yang dibina antara parti itu dengan PAS.

Katanya, adalah lebih baik buat masa ini, UMNO bersama-sama dengan gabungan Kerajaan Perpaduan bagi membentuk kekuatan dan kestabilan.

“Saya fikir buat masa ini, biarlah kami bersama-sama dengan rakan kerajaan MADANI bagi membentuk kekuatan dan kestabilan,

“Rakyat boleh menilai apa yang berlaku dan biarlah politik itu berdasarkan kepada sistem demokrasi dengan menggunakan nilai-nilai Islam sebagai keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Batang Merbau, memetik Bernama, Pada Sabtu.

Terdahulu, Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin berkata, beliau yakin kerjasama antara parti itu dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

kerjasama UMNO dan PAS yang dimenterai pada 2019 telah mencatat sejarah negara apabila 2 parti melayu terbesar ini bergabung secara rasmi dengan membawa agenda “Perpaduan Ummah” melalui Muafakat Nasional.

Didalam majlis itu, Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang telah menandatangani piagam tersebut di Putra World Trade Centre (PWTC) bersaksikan puluhan ribu penyokong masing-masing.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat