Zahid mahu barisan Naib Presiden, MKT yang setia dan sealiran kepimpinan utama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perwakilan Umno yang bakal memilih kepimpinan Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno diseru agar tidak mengundi calon-calon proksi.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu para perwakilan untuk menolak calon-calon proksi demi untuk mewujudkan pasukan yang kuat dalam Umno.

“Tolaklah calon-calon proksi, kita mahu wujudkan pasukan Umno yang kuat.

“Azam kita ialah bina tembok baru, kita tutup ruang-ruang yang boleh melemahkan kita.

“Dan kita yakin pasukan yang akan ditentukam pada 18 Mac ini adalah satu fikrah bersama kepimpinan utama Umno,” kata Zahid dalam temu bual bersama NR Channel TV malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menekankan ciri setia dalam setiap diri calon terutamanya untuk jawatan Naib Presiden Umno.

“Saya cukup meneliti beberapa ungkapan dan ucapan calon-calon terutamanya 8 calon Naib Presiden Umno. Semuanya memperakui bahawa mereka berazam untuk memperkuatkan parti.

“Ramai yang bijak , ramai yang berpengalaman tetapi keutamaan saya ialah kesetiaan. Kesetiaan bukan kepada Presiden bukan hanya kepada institusi kepresidenan tetapi kesetiaan kepada parti.

“Kita tidak mahu kesetiaan itu hanya terlontar daripada patah-patah perkataan dari kalamnya tetapi dari segi praktiknya tidak tergambar begitu dan saya yakin satu pasukan yang kuat akan terjelma dan saya yakin siapa pun yang akan terpilih 8 tokoh yang menawarkan diri ini kita tak boleh lari hanya tiga orang saja yang akan dipilih, pilihlah yang terbaik dikalangan calon-calon naib presiden yang baik-baik begitu juga 95 MKT yang baik,” ujar Zahid.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga menyatakan bahawa beliau lebih risaukan pengkhianat dalam parti berbanding anasir luar yang menganggu gugat Umno.

“Saya tidak mungkin membaca anasir-anasir luar itu penting kalau pertahanan kita kukuh. Tembok yang telah kita bina sebenarnya kita rasakan kukuh dan yang menjadi tidak kukuh apabila tembok itu ditebuk dari dalam.

“Mudahlah unsur-unsur luar masuk tetapi kalau kita menutup ruang-ruang kosong yang telah dilubangkan bukan sekadar untuk diintai tetapi menyebabkan lubang-lubang itu diceroboh masuk oleh penceroboh yang dikenali dan tidak dikenali maka azam kita ialah kita bina tembok baru.

“Kita tutup ruang-ruang yang boleh melemahkan kita dan kita yakin pasukan yang akan ditentukan pada 18 Mac ini adalah satu fikrah bersama kepimpinan utama,” kata Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat