Masjid, surau terima sumbangan RM5.4 juta daripada MUIP

- Advertisement -

KUANTAN – Sejumlah RM5.4 juta disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk diagihkan kepada masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan itu adalah bagi penganjuran program mengimarahkan kira-kira 1,000 masjid dan surau yang berdaftar di negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata antara masjid terlibat termasuklah masjid negeri dan institut pendidikan serta agensi, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah di negeri ini.

“Masjid Negeri menerima sumbangan RM50,000 manakala terdapat tiga masjid institut pendidikan menerima sumbangan RM100,000.

“Selain itu, sebanyak 27 masjid daerah menerima sumbangan RM10,000 dan masjid kariah pula yang berjumlah 557 menerima RM6,000.

“Sumbangan RM6,000 juga diberikan kepada surau yang mendapat kebenaran untuk solat Jumaat manakala surau kariah pula menerima RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan 35 penapis udara kepada MUIP di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, dekat sini, hari ini.

Penapis udara itu diagihkan mengikut keperluan kepada masjid sekitar daerah Kuantan.

Sementara itu, Dr Asmadi memaklumkan peruntukan diberikan MUIP hanya bertujuan mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan tanpa membabitkan aktiviti lain.

Katanya, ia lebih memberi tumpuan kepada penyediaan hidangan berbuka puasa.

“Sebelum ini pihak majlis (MUIP) memberi sumbangan bagi pengimarahan biasa seperti kuliah dan sebagainya.

“Kali ini kita bagi lain sikit dan juga tidak termasuk jemputan imam-iman solat tarawih dari luar dan sebagainya.

“Kita harap semua masjid dapat menggunakan sumbangan diberikan sebaik mungkin,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat