Zahid tak mahu lagi wujud kabilah dalam Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap barisan kepimpinan Umno yang bakal dibentuk selepas pemilihan kali ini tidak mewujudkan kabilah-kabilah dalam parti seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau mengakui enggan lagi berdepan dengan masalah ‘trust defisit’ atau kemelesetan keyakinan terhadap Umno.

“Saya melihat bahawa tidak ada orang Presiden atau orang bukan Presiden. Pendekatan saya ialah saya mengiktiraf siapa sahaja yang menang dan kita sama-sama membina semula keyakinan ahli akar umbi dan rakyat khususnya pengundi untuk membina semula kepercayaan kepada Umno.

“Apa yang berlaku dari segi ‘trust defisit’ iaitu kemelesetan terhadap keyakinan kepada Umno disebabkan cerita-cerita dalaman Umno sama ada benar atau tidak tersebar dan diviralkan.

“Tidak ada sebuah parti pun yang tidak ada masalah dalaman tetapi mereka hanya bercerita di bilik tidur dan tidak bercerita di halaman rumah di mana apabila kenderaan atau orang ramai lalu lalang mendengar apa yang dipertikaikan.

“Ya saya mengambil pendekatan kita meraikan perbezaan pendapat tetapi saya tidaklah mahu di dalam sistem keterbukaan ini ianya menyuburkan kabilah-kabilah dan ini tidak sihat di dalam parti,” jelas Timbalan Perdana Menteri itu dalam temu bual bersama NR Channel TV malam tadi.

Zahid memberitahu seramai 160,000 perwakilan yang akan mengundi seluruh negara bagi pemilihan tiga Naib Presiden Umno dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi sesi 2023-2026.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat