Orang Hilang Kuasa Berusaha Tiup Sentimen Kaum, Agama- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ada usaha orang kehilangan kuasa untuk menggunakan isu Program Jom Ziarah rumah ibadah untuk meniupkan sentimen kaum dan agama.

Menurut Perdana Menteri biarpun ia masih terkawal ketika ini, sekiranya tindakan itu melampau sehingga menganggu gugat ketenteraman awam, pihak keselamatan akan keras dan tegas bertindak.

“Saya sudah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk waspada kerana orang yang ‘desperate’ (terdesak) dan rasa tercabar akan menggunakan sentimen ini dan rakyat yang miskin akan diupah untuk menimbulkan apa-apa kekecauan.

“Jadi saya ingin tegaskan dan Kabinet bersama dalam hal ini, supaya keamanan dan perdamaian semua kaum dipertahankan dan tidak akan bertolak ansur sedikit pun terhadap mana-mana usaha yang menggugat keselamatan negara,” kata Datuk Seri Anwar Ibarhim pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya,pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan dakwaan program Jom Ziarah sebagai usaha menyamaratakan kedudukan agama di negara ini.

Menterinya, Hannah Yeoh, berkata program anjuran Impact Integrated seliaan kementerian itu juga bukan bertujuan memberi gambaran semua agama memiliki taraf yang sama, seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, beliau berkata, penganjuran program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai perbezaan agama, sekali gus membentuk masyarakat majmuk yang mampu hidup secara harmoni dan lebih bertoleransi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat