“Sebab lompat? Heh, Heh, Heh. Kita tahu la. Cash is king” – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri terbaru blognya menyenaraikan situasi semasa politik tanah air kerajaan kemudi Perikatan Nasional (PN) yang didakwanya mengamalkan ‘cash is king’ menghalalkan tindakan pimpinannya.

Katanya, darurat masih ada, Perdana Menteri boleh buat apa sahaja?

Malah kata bekas Perdana Menteri itu, orang biasa 10 hari, Menteri tiga hari mungkin Covid-19 tentu kenal siapa dia? bidas beliau.

Selain itu, lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk parti Kerajaan. Belum tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat majoriti.

” Lompat keluar tak tahu? Sebab lompat? Heh, Heh, Heh. Kita tahu la. Cash is king.

“Katanya ada tawaran lagi kepada parti lawan. Bisnes politik lebih untung dari bisnes-bisnes.

” Berita palsu – ciptaan Datuk Seri Najib Razak dibatal oleh Pakatan Harapan (PH),” kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

Bukan itu saja, kata Dr Mahathir lagi dibawa balik oleh Muhyiddin. Kenyataan Muhyiddin setaraf kelulusan Parlimen. Sebut sahaja, jadi undang-undang.

“Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit.

” Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, Kerajaan tertubuh – selamat berbillion Ringgit.

” Tak cukup duit, naik denda.

” Tak bayar RM 10,000 pakai baju oren, masuk dalam. Salah satu billion okay. Dapat eskot polis,” ujar beliau.

Bahkan katanya, boleh jadi ahli Parlimen. Nasihat kerajaan.

“Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia,” kata Dr Mahathir sinis. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat