1,219 Kes Baru Covid-19, Dua Kematian Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan dalam laporan hari ini iaitu sejumlah 1,219 kes baharu, berbanding 1,063 kes pada 24 jam sebelumnya yang diharapkan menurun ke tiga angka.

Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini adalah 327,523 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor memegang rekod negeri tertinggi dengan 499 kes jangkitan, diikuti Sarawak (225 kes), Johor (169 kes), Pulau Pinang (69 kes) dan Kuala Lumpur (54 kes).

Bagaimanapun, terdapat beberapa negeri mencatatkan kes satu angka dengan Putrajaya hanya lima kes, Pahang (tiga kes) dan masing-masing satu kes di Labuan dan Perlis.

Dalam pada itu, angka kematian hari ini merupakan rekod yang terendah untuk tahun 2021 selepas hanya dua kematian disahkan, menjadikan angka korban bertambah kepada 1,220.

Juga dilaporkan, kes sembuh dalam negara kini meningkat kepada 1,346 sekali gus menjadikan jumlah kes sembuh bertambah 310,958. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat