Pasangan Kekasih Hempap Bayi Gara-Gara Mabuk

MADRID: Gara-gara mabuk, satu pasangan kekasih di Alhama de Murcia, tenggara Sepanyol tidak sedar bahawa mereka terhempap bayi lelaki mereka atas katil.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia empat bulan meninggal dunia.

Susulan insiden berkenaan, pasangan itu disiasat pihak berkuasa atas kesalahan membunuh tanpa niat.

The Sun yang memetik laporan media tempatan menyatakan pegawai penyiasat yang tiba di lokasi kejadian mendapati pasangan itu masih dalam keadaan mabuk.

Menurut laporan sama, pasangan itu mengakui mereka masuk bilik yang menempatkan bayi lelaki mereka sedang tidur selepas mereka minum minuman beralkohol pada awal pagi Jumaat.

Keesokan paginya, kedua-duanya mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa di tempat tidur di sebelah mereka.

Mereka kemudian menghubungi talian kecemasan.

Dalam pada itu, pakar forensik turut ditugaskan untuk menyiasat kematian bayi berkenaan.

Difahamkan, pasangan itu yang dikatakan mempunyai empat anak lain dipercayai warga Bolivia, tetapi usia mereka tidak didedahkan.

Seorang saudara difahamkan menjaga anak pasangan itu ketika mereka disoal siasat polis.

Setakat ini, mereka masih belum ditangkap.

Ia sementara menantikan keputusan bedah siasat mangsa.

Sementara itu, satu laporan media tempatan lain menyatakan bayi itu mempunyai tanda lebam yang jelas.

Laporan lain pula menyatakan polis tempatan menerima beberapa aduan daripada jiran mengenai muzik yang dipasang kuat.

Alhama de Murcia adalah sebuah bandar di wilayah Murcia dengan kapasiti penduduknya kurang 20,000 orang – Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Perkahwinan Dibatalkan Hanya Kerana Pengantin Lelaki Gagal Hafal Sifir Dua

TIDAK ramai terfikir mereka perlu mengambil ujian matematik pada hari perkahwinan mereka. Namun seorang bakal pengantin lelaki dipaksa lakukan demikian sebaik tiba di rumah pengantin...

COVID-19: Suntikan Tambahan Moderna Berkesan Terhadap Varian Afrika Selatan

MODERNA mengesahkan data percubaan awal menunjukkan bahawa dos ketiga meningkatkan imuniti terhadap varian COVID-19 yang dikesan di Brazil dan Afrika Selatan. Dos ketiga itu tidak...

Pelantar minyak Velesto ‘Naga 7’ tenggelam, 101 krew selamat : Laporan

KUALA LUMPUR - Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu...