MOTAC Perkenal 13 SOP Untuk Rancak Sektor Pelancongan – Nancy

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menetapkan 13 prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan sektor pelancongan dan kebudayaan dapat dilaksanakan dalam norma baharu. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri berkata SOP berkenaan dibentuk bagi membantu penggiat industri untuk terus berdaya saing dalam situasi pandemik COVID-19.

“SOP ini akan menjadi panduan kepada orang ramai serta penggiat industri bagi merancakkan sektor tersebut semasa pandemik ini.

“Penyediaan SOP ini melibatkan sesi libat urus antara MOTAC dengan pemain industri berkaitan pelancongan seperti hotel, taman tema dan agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan Setahun Malaysia Prihatin mengenai kementeriannya hari ini.

Beliau berkata meskipun sektor tersebut antara yang terjejas teruk sepanjang tempoh COVID-19 melanda negara, MOTAC tetap komited melipatgandakan usaha bagi memastikan industri itu terus bertahan dan pulih dengan segera seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Sementara itu, Nancy berkata melalui pendekatan responsif dan progresif, begitu banyak kejayaan dicapai oleh MOTAC selama setahun ini, yang mana boleh menjadi lembaran baharu dan pemangkin untuk industri tersebut bangkit semula.

Beliau berkata ini seterusnya membantu kelangsungan hidup para pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan dan kebudayaan.

“Kejayaan dicapai ketika menghadapi situasi penuh mencabar dalam tempoh setahun ini menunjukkan MOTAC sedar dan prihatin terhadap para penggiat industri yang sememangnya sangat terkesan dalam mendepani impak COVID-19 melanda negara.

“Saya menyeru agar semua ketua jabatan dan agensi di bawah MOTAC untuk terus berganding bahu dalam menerajui serta memulihkan industri pelancongan, seni dan budaya negara agar lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan,” katanya.

Nancy berkata selain memperkenalkan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030, MOTAC juga telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan 2020 yang dirangka melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) melibatkan kerjasama penggiat industri. 

Katanya, MOTAC juga komited memperkasakan industri kraf negara dengan membangunkan pelbagai inisiatif secara digital selaras dengan Industrial Revolution (IR 4.0), termasuk E-Kraf Bazar, MyCraftShoppe, CraftOnTheGo, Google Art and Culture.

“MOTAC juga melaksanakan Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran (PENJANA) dengan menawarkan kemudahan latihan tenaga kerja baharu kepada belia, penganggur dan individu, selain menawarkan peluang pekerjaan bersama usahawan kraf terpilih,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Ditemui Maut Gantung Diri – Polis

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, di sini petang semalam. Ketua...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...

Jangkitan Meningkat, 2,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,551 kes baharu penularan virus Covid-19, hari ini, menjadikan kes kumulatif 370,528. Ketua Pengarah Kesihatan Tan...