NGO Dakwa Kerajaan P. Pinang Rancang Jual Tanah Milik MBPP

GEORGE TOWN – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Citizens Awareness Chant Group (Chant) bimbang selepas pihaknya menerima maklumat ada rancangan untuk menjual tanah seluas lima ekar di Kampung Sireh, Pulau Tikus oleh kerajaan negeri.

Penasihat Chant, Lee Yan mahu kerajaan negeri mendedahkan maklumat berhubung berhubung dakwaan itu sekiranya benar.

Beliau mendakwa sehingga kini sudah hampir 879 ekar tanah kerajaan negeri sudah dijual sejak tahun 2013.

Yan Lee turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan sering menjual tanah.

Difahamkan, tanah Kampung Sireh milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu terletak di sepanjang Jalan Burma, Lengkok Burma untuk dijual serta untuk kegunaan projek usaha sama dengan pemaju.

“Pihak Chant dapat maklumat ada aktiviti penjualan tanah di kawasan tersebut dan kami gesa kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan sekali gus membuktikan kerajaan Pulau Pinang bersikap telus,” katanya ketika ditemui pemberita di Lorong Pykett di sini hari ini.

Lee Yan juga tidak menolak penjualan tanah itu dibuat untuk menjana pendapatan susulan belanjawan defisit 2021 dan pilihan raya umum akan datang.

“Tanah berharga antara RM1,000 hingga RM1,500 satu kaki persegi itu tidak akan menguntungkan penduduk Pulau Pinang sekiranya dijual malah ia akan menyebabkan lebih banyak kesesakan lalu lintas,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit ketika dihubungi MalaysiaGazette memberitahu tiada perancangan untuk menjual tanah di Kampung Sireh seperti didakwa.

“Tanah itu milik MBPP dan saya sudah semak dengan mereka berhubung dakwaan tersebut memang tidak betul. Ramai penjaja sementara ditempatkan di kawasan berkenaan dan saya dalam perancangan bina kemudahan seperti tandas.

“Sekiranya betul nak jual buat apa saya nak bazir buat itu semua,” katanya. – MalaysiaGazette

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Kluster Mahkamah ibarat binatang politik tunggang Ketuanan Melayu : Bersatu

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik yang dikategorikan dalam "Kluster Mahkamah" dianggap sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, dakwa Ahli Majlis...

Kalau ‘Tekan’ Kuat Sangat, Saya Mungkin Bertanding Lagi Pada PRU15 – Mahathir

LANGKAWI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau berkemungkinan besar akan bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya terdapat banyak permintaan daripada...

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...