Ditolak Sekutu Sendiri, Anwar Cuba Cari ‘Suaka Politik’ Dengan UMNO – Razlan Rafii

- Advertisement -

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Razlan Rafii, mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim menghebohkan cerita kerjasama antara Umno dan PKR kerana mencari suaka politik selepas ditolak pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Pandangan tersendiri itu berdasarkan kepada perkembangan dalam PH sendiri, mendakwa gabungan itu semakin retak apabila seorang demi seorang pemimpin gabungan itu membantah kenyataan pengerusi mereka.

Katanya, pemimpin parti komponen PH secara terbuka menyanggah Anwar meskipun dakwaan presiden PKR itu “nak melaga-lagakan” ahli Umno.

“Seminggu beliau melambung buah kosong bagi rakyat pening dan membuat pelbagai anggapan. Jelas, pemimpin DAP juga sudah tidak hormat dengan PKR,” katanya kepada FMT.

“Rumah PH semakin roboh, Anwar mahu mencari suaka politik dengan Umno,” katanya kepada FMT.

Razlan memberitahu FMT bahawa soal kerjasama dengan PKR tidak pernah dibincangkan oleh parti itu.

“Janganlah kita percaya dengan mulut manis Anwar,” katanya.

Razlan mengulas pemimpin Amanah, DAP, Muda, Warisan, dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) mendesak Anwar menolak sebarang kerjasama dengan “kleptokrat”, susulan laporan media mengaitkan presiden PKR itu dengan usaha menjalin kerjasama dengan Umno.

Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong; pengasas MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman; Baru Bian dari PSB; dan Ketua Pemuda Warisan, Mohd Azis Jamman.

Anwar merupakan pilihan pertama PH untuk jawatan perdana menteri, namun komponennya DAP dan Amanah mencalonkan Presiden Warisan, Shafie Apdal, sebagai alternatif susulan perselisihan antara PKR dengan kumpulan pro-Dr Mahathir Mohamad.

Desas-desus kerjasama antara Anwar dan Umno sudah lama bertebaran selepas tumbangnya kerajaan PH.

Anwar baru-baru ini mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan dengan pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.

Pada September, ketika mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan, Anwar berkata beliau perlu membincangkan suatu “pakatan baharu” dengan “rakan-rakan baharu”. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat