Aishah Jawab Isu Sekat Instagram Siti Nurhaliza

- Advertisement -

PETALING JAYA – Nama penyanyi Aishah yang menggantikan posisi Datuk Siti Nurhaliza pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) tiba-tiba menjadi topik hangat dalam Twitter apabila dikatakan menyekat akaun Instagram penyanyi nombor satu tanah air negara itu.

Mengakui perbuatan tersebut, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin bagaimanapun berkata, dia tidak sengaja berbuat demikian kerana tidak tahu bahawa akaun berkenaan kepunyaan pelantun lagu Cindai itu.

“Semuanya bermulanya masa separuh akhir tempoh hari. Saya ada terbaca kutukan berbakul-bakul orang terhadap saya yang ditulis dalam satu akaun Instagram. Jadi, saya block sahaja Instagram berkenaan.

“Senang cerita, nak buat apa pening kepala apabila dalam Instagram itu ramai yang hentam kita,” jelas Aishah ketika dihubungi Kosmo! Online.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, ketika AJL35 makin dekat, barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya telah menyekat akaun Instagram Siti atau TokTik biarpun tidak berniat berbuat sedemikian rupa terhadap penyanyi kesayangan ramai itu.

“Apabila dah dekat nak AJL barulah saya perasan ada netizen Direct Messege (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru memang ter-block akaun Instagram Siti.

“Tetapi saya tahu semua ini berpunca daripada netizen yang ‘tag’ nama saya dan apabila saya baca masa itu, orang terus hentam saya dengan kritikan mereka, saya pun block akaun tersebut. Saya pun keliru sebab banyak sgt Instagram nama beliau (Siti),” jelasnya.

Aishah bagaimanapun mendedahkan, kini dia sudah tidak lagi menyekat akaun Siti selepas menyedari perkara berkenaan.

Terdahulu, Aishah berdepan kecaman ramai apabila menggantikan Siti pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu yang dikatakan tidak mencapai piawaian persembahan oleh kebanyakan netizen. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat