Filem baru Justice League

BAGI peminat karya adiwira Justice League, kehadiran filem terbaru Zack Snyder’s Justice League tentunya menjadi karya yang dinanti-nantikan.

Tentunya pengikut setia filem itu masih lagi ingat perjuangan dan pertarungan Superman, Batman, Wonder Woman, Aquaman dan The Flash yang bersatu untuk menyelamatkan Bumi daripada serangan makhluk asing.

Berbeza daripada filem Justice League versi 2017, karya terbaru ini menampilkan babak-babak yang belum pernah ditayangkan dan pada masa sama, ada beberapa babak serta kemunculan istimewa sebagai elemen tambah nilai.

Sedikit kisah di sebalik penghasilan Justice League versi 2017, sebahagian besar daripada karya itu sebenarnya diarahkan Joss Whedon selepas Zack Snyder terpaksa menarik diri sebagai pengarah berikutan kematian anaknya, Autumn.

Menggalas tanggungjawab besar untuk menghidupkan semula karya arahan Zack, Whedon mengubah filem itu menjadi filem yang tidak terlalu ‘dark’ dan dipendekkan.

Menerima kritikan yang kurang memberangsangkan sekali gus membuatkan peminat setia karya itu memulakan gerakan #ReleaseTheSnyderCut pada 2019.

Kini, selepas empat tahun filem versi asal ditayangkan, Zack memulakan semula langkahnya dengan menayangkan babak-babak yang tidak pernah ditayangkan itu di platform penstriman HBO Max.

Menerusi temubual secara virtual bersama media dari seluruh dunia baru-baru ini, Zack selaku pengarah filem ini ditemani isterinya, Deborah Snyder yang juga penerbit berkongsi cerita ringkas mengenai pembikinan karya istimewa ini.

Berkongsi mengenai proses penggambaran untuk babak-babak baru yang berlangsung dalam tempoh pandemik Covid-19, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran yang benar-benar menguji kemampuan produksi filem ini.

“Penggambaran dalam tempoh pandemik adalah sangat mencabar. Banyak aspek yang perlu kami fikirkan terutamanya, aspek keselamatan,” kata Deborah.

Deborah berkata, suaminya juga berdepan cabaran besar untuk mengarahkan karya ini memandangkan tidak semua pelakon dapat disatukan dalam satu lokasi pada satu masa.

“Salah satu kesukaran adalah apabila kami tak dapat mengumpul kesemua pelakon di satu tempat dalam satu masa. Ezra (Miller) berada di England untuk menjalani penggambaran Fantastic Beast, jadi, Zack perlu mengarah menggunakan Zoom.

“Satu lagi cabaran adalah jadual pelakon contohnya, jadual Ben (Affleck) dan Jared (Leto) yang tidak selari memberi sedikit kesukaran buat kami,” katanya.

Kekangan masa juga benar-benar menduga pihak produksi dan dia sebagai penerbit juga turut terkesan.

“Kami cuba sedaya-upaya menyiapkan kerja-kerja penggambaran mengikut waktu yang ditetapkan.

Namun, kami lanjutkan sehingga penghujung Januari. Walaupun banyak cabaran dan kesukaran, namun semuanya disiapkan dan pengalamannya benar-benar menyeronokkan,” katanya.

Ditanya mengenai penayangan filem di platform digital dan penstriman secara online, Zack berkata, itu adalah satu cara terbaik mengikut kesesuaian dengan situasi sekarang.

“Bagi saya, ia adalah sesuatu yang unik. Platform digital sebegini memberi alternatif dalam situasi sekarang yang menghalang kita untuk ke pawagam,” katanya.

Deborah juga berkongsi pendapat sama dengan suaminya.

“Kami pun suka ke pawagam untuk menonton filem. Tapi, pada masa sama, platform penstriman memberi alternatif. Sebagai penerbit, ia juga menjadi medan terbaik untuk filem-filem ditayangkan.

Pada saya, pawagam dan platform penstriman mungkin boleh saling melengkapi,” katanya.

Zack Snyder’s Justice League ini pada awalnya dirancang untuk ditayangkan dalam empat bahagian, namun ia kemudiannya dipecahkan menjadi enam bahagian iaitu Don’t Count On It, Batman, Age of Heroes, Beloved Mother, Beloved Son, Change Machine, All The King’s Horses dan Something Darker.

Filem yang akan ditayangkan di saluran HBO Max bermula esok ini membariskan barisan pelakon hebat antaranya Ben Affleck, Amy Adams, Gal Gadot, Ray Fisher, Jason Momoa, Ezra Miller, Willem Dofoe, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen, JK Simmons dan ramai lagi.

Harian Metro

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Penunggang Agama kutip RM2 juta, tayang di Singapura esok

Kuala Lumpur: Filem Penunggang Agama berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh dua minggu ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, sejak 25 Mac...

Selena Gomez di konsert vaksin

Los Angeles: Penyanyi Selena Gomez menjalin kerjasama dengan festival muzik Global Citizen untuk mengadakan konsert berjudul Vax Live: The Concert to Reunite the World...

‘Netizen ni kelakar lah’ – Rita Rudaini

Kuala Lumpur: "Takkan saya nak letak gambar Hyun Bin. Pengsan pula cikgu anak saya." Itu kata pelakon popular Rita Rudaini yang mendapat kecaman netizen susulan...