Courtney Love hampir mati

- Advertisement -

Los Angeles: Courtney Love mengakui hampir mati tahun lalu akibat penyankit anemia.

Love, 56, berkata, penyakit itu membuatkan dia mengalami penurunan berat badan sehingga menjadi 43 kilogram sahaja.

“Saya pernah sedih, lemah dan sangat sakit. Kesakitan yang tidak mampu diungkapkan pada Ogos lalu dengan berat cuma 43 kilogram, hampir meninggal di hospital kerana anemia (hemoglobin saya tiada),” katanya.

Menerusi laporan People.com, Love mengakui menjadi penagih selama sembilan bulan oleh banyak doktor yang kurang kelengkapan, terbelakang dan dukun.

Dia kemudian menemui kaedah rawatan yang tepat dan berasa sangat bersyukur.

Menurut Love, dia mula berasakan badannya semakin baik apabila menjalani terapi dengan minyak CBD (minyak kanabis).

“Minyak CBD menghilangkan hampir semua gejala fizikal dan semua kesakitan,” katanya.

Dia juga berterima kasih kepada aktor Woody Harrelson yang memperkenalkan rawatan terapi itu.

Love menyertakan tanda pagar “crohn disease” dalam hantarannya.

Pada 2015, Love memberitahu bahawa mendiang suaminya, Kurt Cobain, pernah menjalani rawatan untuk penyakit sama sebelum meninggal dunia.

Love berkahwin dengan Cobain pada 1992 dan mempunyai seorang anak iaitu Francis Bean Cobain.

Kebahagiaan mereka hanya dua tahun apabila Cobain ditemui tidak bernyawa di rumahnya di Seattle, 8 April 1994 pada usia 27 tahun.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat