Calon Oscar 2021, Riz Ahmed jadi tumpuan

- Advertisement -

Los Angeles: Nama Riz Ahmed kini menjadi perbualan hangat selepas pengumuman calon Academy Awards ke-93, kelmarin.

Ia berikutan dia menjadi pelakon muslim pertama yang berjaya tercalon pada Anugerah Oscar 2021 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sound of Metal.

Namun begitu, Riz Ahmed mendapat saingat sengit daripada mendiang Chadwick Boseman menerusi filem Ma Rainey’s Black Bottom, Anthony Hopkins (The Father); Gary Oldman (Mank); dan Steven Yeun (Minari).

Riz, 38, atau nama sebenarnya Rizwan Ahmed menerusi ciapan di Twitter berkongsi perasaan gembira selain mengucapkan terima kasih kepada penulis skrip dan pengarah Sound of Metal.

“Wow! Saya berasa terhormat dicalonkan di sisi rakan sesama aktor saya yang penampilannya menginspirasikan, dan berterima kasih kepada Academy atas dukungan dan dorongan mereka.

“Saya amat gembira bersama penulis dan pengarah Darius Marder dan Paul Raci yang bijak,” katanya.

Tidak terkecuali dia turut berterima kasih kepada penyunting, pereka bunyi dan semua yang terbabit dalam filem ini.

Dalam filem itu, Riz Ahmed membawakan watak seorang pemain drum kumpulan genre hard rock dan metal yang kehilangan pendengaran.

Sepanjang penggambaran, Riz Ahmed belajar bermain drum serta mendalami bahasa isyarat.

“Sound of Metal adalah berkenaan bagaimana krisis kesihatan dapat memisahkan diri dari kehidupan dan orang yang kamu cintai, dan memaksamu untuk bangkit dengan cara yang tidak terduga.

“Dalam tahun yang penuh cabaran bagi ramai orang, saya berharap kisah ini dapat menginspirasi kita untuk menjalin hubungan baru dan lebih mendalam dengan diri kita sendiri dan orang lain,” katanya.

Pencapaian Riz Ahmed berpotensi mengatasi seorang lagi pelakon muslim, Mahershala Ali.

Sebelumnya, Mahershala Ali pernah menang dua Anugerah Oscar untuk filem Moonlight dan Green Book, namun dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat