Puasa bermula Khamis ini, 19 Februari — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

CYBERJAYA — Umat Islam di seluruh Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa Ramadan pada Khamis, 19 Februari, menurut pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

Beliau memaklumkan bahawa tarikh permulaan Ramadan itu ditetapkan mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Pengumuman tersebut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan 29 Syaaban 1447 Hijrah bersamaan hari ini sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa di Malaysia.

Proses cerapan anak bulan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara, termasuk di Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, selain beberapa balai cerap dan pusat falak negeri.

Antara lokasi lain ialah Baitul Hilal Pontian di Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang di Negeri Sembilan serta beberapa lokasi cerapan di Selangor termasuk Bukit Melawati dan Sabak Bernam.

Dengan pengumuman ini, umat Islam di seluruh negara dijangka mula menunaikan solat tarawih pada malam Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat