Tukar Pengerusi RCI Batu Puteh atau Dr Mahathir tak sertai – peguam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Atas nama keadilan bagi Tun Dr Mahathir Mohamad, peguam yang mewakilinya dengan rendah diri memohon agar Kerajaan Malaysia menggantikan Pengerusi RCI dengan seorang yang tidak berkonflik kepentingan atau dalam maksud mencari kebenaran, adalah wajar Tun
Md Raus Sharif menarik diri dari posisi tersebut.

Peguamnya, Rafique Rashid malah memberi kata dua yakni, sekiranya kerajaan gagal melakukan perubahan itu maka pihaknya tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Dr
Mahathir tidak menyertai RCI tersebut.

“Kerajaan pada 14 Feb 2024 memaklumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara yakni Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi bagi RCI Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh,Batuan Tengah dan Tubir Selatan (RCI Batu Puteh).

“Umum mengetahui bahawa RCI Batu Puteh ini adalah berkenaan keputusan Kerajaan Persekutuan pada 31 Mei 2018 untuk menarik balik dua Permohonan Semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2008.

“Dr Mahathir adalah Perdana Menteri pada masa keputusan tersebut dibuat,” kata Rafique dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru ujar beliau, pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi RCI Batu Puteh ini jelas
bertentangan dengan prinsip keadilan asasi memandangkan Tun Md Raus adalah pihak yang amat berkepentingan.

“Pada 2017, Dr Mahathir telah memfailkan satu semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kerana Tun Md Raus Sharif telah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan (rujuk Tun Dr Mahathir v Datuk Seri Najib Razak & Ors [2018] 8 MLJ 297).

“Pada 15 Mei 2018, Tun Md Raus Sharif telah bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir untuk menyatakan hasratnya meletak jawatan Ketua Hakim Negara.

“Tun Md Raus Sharif kemudiannya mengutus surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018 yang mana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Jun 2018,” jelasnya.

Kata Rafique lagi, sesuatu RCI itu sewajarnya dilihat bersih dan tidak memihak agar orang
awam tidak akan mempersoalkan kewibawaan dapatan RCI tersebut.

“Namun, pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi RCI Batu Puteh ini telah mewujudkan satu bahaya bias yang sebenar yang akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI tersebut serta akan menjejaskan kewibawaan dapatannya,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat