Umno batal pemecatan Lokman Noor Adam, kembali sebagai ahli MKT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Umno membatalkan pemecatan keahlian Datuk Lokman Noor Adam dan beliau kini kembali sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Lokman memaklumkan susulan pembatalan pemecatan itu, hak beliau untuk bertanding dalam Pemilihan Umno kali ini juga telah dikembalikan.

“Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memaklumkan bahawa MKT Umno malam ini (semalam) telah membatalkan pemecatan saya dan kini saya kembali sebagai ahli MKT Umno.

“Terima kasih Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno, ahli MKT dan semua yang mendoakan saya.

“Dengan pembatalan ini, hak saya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini telah dikembalikan,” ujarnya dalam catatan di Facebook, malam tadi.

Dalam surat rasmi Umno yang dikirimkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Lokman memaklumkan mesyuarat MKT Umno pada 16 Februari 2023 telah bersetuju untuk membatalkan pemecatan keahlian beliau.

“Sehubungan itu Lokman dibenarkan untuk menggunakan nombor keahlian lama.

“Dirakamkan ucapan terima kasih kerana terus dan sentiasa menyumbangkan tenaga dan bakti untuk memartabatkan parti Umno,” katanya.

Pada Februari 2020,Setiausaha Agung Umno ketika itu, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, Lokman bukan dipecat daripada jawatan MKT UMNO tetapi dibuang daripada parti.

Serentak tindakan pemecatan itu yang diputuskan oleh ahli MKT selepas dicadang dan diluluskan oleh Biro Politik Umno, Annuar menegaskan Lokman hilang kelayakan sebagai ahli MKT.

“Datuk Lokman Noor Adam bukan dipecat daripada jawatan MKT UMNO tetapi dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Justeru, Lokman hilang kelayakan sebagai ahli MKT.

“Sesungguhnya Lokman dalam banyak perkara tidak bercakap benar dan tidak memahami Perlembagaan UMNO terutama membabitkan kedudukan dan bidang kuasa Presiden dan ahli MKT yang dilantik,” kata Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat