Ini Syarat Sekolah Agama Dapat Bantuan Kerajaan – Fadhlina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Syarat untuk sekolah-sekolah agama untuk mendapatkan bantuan kerajaan ialah
mempunyai premis sendiri dan dibina di atas tanah wakaf atau tanah Kerajaan Negeri.

Syarat lain termasuk memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar keselamatan murid dan guru berada di tahap optimum,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Semalam dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, saya menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari berkisar syarat sekolah-sekolah agama untuk mendapatkan bantuan kerajaan.

“Sekolah yang ingin berdaftar perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk mempunyai premis sendiri dan dibina di atas tanah wakaf atau tanah Kerajaan Negeri serta memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar keselamatan murid dan guru berada di tahap optimum

“Sekolah yang ingin berdaftar juga hendaklah melaksanakan Kurikulum Kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta 550 dan apa-apa kurikulum yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),”katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Fadhlina menjelaskan, misi menggalas Kamarah Insaniah akan tetap menjadi teras KPM dalam mendepani pembentukan adab, akhlak dan integriti melalui sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat