Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sah bertanding untuk jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan parti Mac depan.

Shahrizat menghantar borang percalonan dan telah diterima urusetia pemilihan pada jam 11.20 pagi oleh wakil beliau.

Dengan pengesahan pencalonan tersebut, Shahrizat dijangka bertembung dengan penyandang jawatan Ketua Wanita UMNO iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, lapor Utusan.

Kata Shahrizar, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil serius suara rakyat yang mahu melihat pembaharuan dalam UMNO, selain memberi peluang kepada muka baharu.

Noraini mengetuai Wanita UMNO selepas menewaskan Datuk Seri Azizah Mohd Dun pada pemilihan parti tahun 2018.

Sebelum ini, seramai 147 Bahagian Wanita UMNO dikatakan menyatakan sokongan supaya Shahrizat kembali mengetuai kepimpinan sayap berkenaan.

Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah mendedahkan, sebahagian besar Ketua Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan pertemuan dengan Shahrizat.

Hasrat itu mengambil kira sayap Wanita UMNO dikatakan sudah semakin ‘lemah dan lesu’.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerajui sayap Wanita UMNO selama sembilan tahun sejak tahun 2009 hingga 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat