Tarik Balik Nama Jalan Chen Man Hin Dengan Tokoh Lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan menzahirkan bantahan dan rasa kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Sembilan yang dikawal DAP untuk menamakan Jalan di Bandar Seremban dengan nama Chen Man Hin.

Pengerusi (penaja) MN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin menegaskan, pengasas DAP, Chen Man Hin tidak berjasa kepada rakyat Negeri Sembilan.

Susulan itu beliau mendesak kerajaan negeri yang dikawal DAP menarik balik keputusan menamakan nama jalan dengan tokoh yang tidak sepatutnya.

“Apa alasan dan apa jasa mendiang Chen Man Hin untuk dirakamkan namanya atas nama salah satu jalan utama di bandar Seremban.

“Pengasas DAP itu mungkin berjasa kepada DAP tetapi bukan masyarakat Negeri Sembilan,” katanya dalam satu hantaran Facebook pada Jumaat.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, jasa mendiang yang hanya berkisar sebagai pengasas DAP bagi menampung penyokong PAP selepas kejayaan PAP membawa Singapura keluar dari Malaysia.

“Mendiang juga ialah individu di sebalik Deklarasi Setapak 1967 yang menjadi teras DAP di mana tanpa selindung menjadi teras perjuangan Malaysian Malaysia dan perjuangan menghapus Bumiputera dengan konsep sama rata mereka.

“Ia sangat bertentangan dengan semangat Malaysia hari ini maka timbul juga persoalan adakah ini cara senjata Malaysia Madani mengiktiraf usaha melenyapkan hak Bumiputera.

“Lebih malang lagi untuk mengaburi dan menghalalkan tindakan kerajaan yang dikawal DAP telah turut menyeret menukar nama Jalan Sikamat kepada nama Almarhum Sheikh Mohd Murtadza Ahmad. Seorang bekas mufti yang sangat berjasa di rantau ini,” katanya.

Tegas beliau lagi, tindakan ini seolah menyamakan taraf Almarhum Sheikh Mohd Murtadza dengan mendiang Chen Man Hin.

“Jika hendak namakan nama jalan dengan nama ahli politik Negeri Sembilan lebih baik angkat nama Arwah Datuk Ishak Ismail yang jauh banyak jasanya dengan ketegasan prinsipnya.

“Tukar nama jalan ini hanya retorik politik, stunt politik yang tidak perlu buat masa ini. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan patut bincang banyak perkara penting khususnya bagaimana mengurangkan tekanan hidup yang sangat mendesak rakyat,” katanya.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju menukar nama dua jalan utama di bandar ini kepada nama dua tokoh, masing-masing dalam hal ehwal agama dan politik, iaitu Allahyarham Datuk Sheik Mohd Murtadza Ahmad dan mendiang Dr Chen Man Hin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata Jalan Sikamat ditukar menjadi Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan manakala Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Dr Chen Man Hin, pengasas yang kemudian pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.

“Mendiang Dr Chen Man Hin adalah tokoh politik terkenal, manakala Allahyarham Sheikh Mohd Murtadza adalah bekas Mufti Negeri Sembilan. Mesyuarat EXCO bersetuju menukar nama kedua-dua jalan itu kepada nama tokoh berkenaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat