Menu Rahmah Hanya Populis, Rakyat Nak KWSP dan Kenaikan Gaji – Muqharabbin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyifatkan konsep Menu Rahmah hanyalah pendekatan retorik bagi mengalih isu rakyat yang inginkan kenaikan gaji dan juga pengeluaran KWSP.

“Sebenarnya konsep ini sudah dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan nama 1 Malaysia, tetapi telah ianya telah diketepikan selepas PRU 14 yang lalu.

“Ya, ada kebaikannya, tetapi impaknya kepada peniaga dan juga rakyat tidak menyeluruh.

“Seharusnya, kini bukan masa mengkaji, mengkaji dan mengkaji, tetapi adalah perlaksanaan.

“Semenjak tahun 2,000 sampailah kini, setiap kali nak PRU sahaja, perkara ini dijanjikan, tetapi selepas menang hanya jawapan yang dberikan kami akan menubuhkan ‘taskforce’ untuk mengkaji kenaikan gaji.

“Tiba lagi PRU, pasukan pengkaji entah ke mana, dijanjikan lagi kenaikan gaji,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Muqharabbin lagi, rakyat kini sudah mampu menilai dan takkan diperbodohkan lagi dengan janji-janji manifesto yang langsung tidak berfungsi setelah menang PRU.

“Saya berharap agar kerajaan perpaduan kini sekurang-kurangnya dalam masa 1 tahun ini, bagilah berita gembira berkenaan kenaikan gaji di Malaysia.

“Saya juga menyeru agar kerajaan dapat membenarkan pengeluarkan kali terakhir kwsp sekurang kurang 10% hingga 15% dari baki simpanan setiap penyimpan.

“Kita semua tahu tahun ini, keadaan ekonomi negara agak meruncing dan membimbangkan. Bukan mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan memulakan perniagaan.

“Bagilah sedikit nafas untuk rakyat untuk kesekian kali ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat