DUN Batang Kali Masih Milik Pejuang, Belum Lebih 6 Bulan – Rafique

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim diminta menarik balik perisytiharan pengosongan DUN Batang Kali kerana didakwa wujud kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang.

Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Pejuang dengan hormatnya menyatakan terdapat kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang oleh Speaker.

“Ini adalah kerana perkiraan 6 bulan seharusnya bermula dari 23 November 2022 yakni dari tarikh bermulanya Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022.

“Dewan Negeri Selangor ke-14 pada tahun 2022 telah memasuki Penggal Kelima. Sebanyak Tiga Mesyuarat telah diadakan/dijadualkan iaitu Mesyuarat Pertama : 14-18 Mac 2022 dan 21-25 Mac 2022; Mesyuarat Kedua :25-29 Julai 2022 dan 01-05 Ogos 2022 dan Mesyuarat Ketiga: 23-25,29-30 November ,1,2& 5-6 Disember 2022.

“ADUN Batang Kali, Harumaini Omar telah hadir pada Mesyuarat Kedua. Maka ketidakhadiran tanpa kebenaran hanya berlaku pada permulaan Mesyuarat Ketiga iaitu 23 November 2022,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kata Rafique, tarikh luput 6 bulan sepertimana Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah pada 22 Mei 2023.

“Baru sebentar tadi Harumaini telah mengutus surat kepada Speaker memohon untuk pengisytiharan pengosongan N.07 Batang Kali ditarik balik.

“Dalam surat tersebut Harumaini memberi tempoh masa 3 hari untuk balasan dari Tuan Speaker dan merizabkan hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya. Surat tersebut juga telah disalinkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Selangor serta Setiausaha Bahagian Dewan, Pejabat Dewan Negeri Selangor.

“Pejuang menyatakan hak kebebasan untuk hadir dan berbahas bagi Rakyat di Dewan Negeri dan atau Dewan Rakyat adalah tunjang pada sistem Demokrasi Berparlimen.

“Malah dengan keadaan tidak menentu senario politik negara dan negeri serta pembubaran dewan yang boleh berlaku bila-bila tiada apa-apa prejudis jika Harumaini dibenarkan terus berkhidmat sebagai ADUN N.07 Batang Kali,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Rafique berharap Suee Lim cepat menjawab surat berkenaan.

“Jawapan segera diperlukan dari Speaker agar perkara ini tidak dijadikan mainan politik semata-mata.

“Rakyat adalah pemegang taruh paling besar dalam demokrasi dan rakyat jugalah berada dalam posisi paling merugikan sekiranya politik terus menjadi mainan pihak-pihak tertentu.

“Bagi Harumaini teruskan menabur khidmat bakti serta jalankan amanah khidmat politik kemasyarakatan dan kebajikan. Walau apapun yang melanda, Pejuang akan tetap berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat