MOSTI Adakan Kunjungan Hormat Terhadap Yang Dipertua Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) berhasrat untuk menganjurkan ‘Kembara Sains Borneo’ yang akan menjelajah seluruh negeri Sabah.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata bagi menarik minat anak-anak Sabah terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

“Kembara Sains Borneo ini akan turut menjelajah ke kawasan pedalaman bagi memastikan tiada yang terpinggir dalam mencetuskan minat terhadap STI.

“Kementerian berhasrat untuk meningkat lagi usaha-usaha untuk membantu Inovasi Sosial khususnya bagi menyelesaikan permasalahan di peringkat akar umbi.

“Kita akan melihat kepada inovasi-inovasi di peringkat akar umbi dan mencari kaedah menyempurnakan lagi teknologi tersebut sebagai salah satu solusi kepada permasalahan di akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini.

Beliau yang turut mengetuai delegasi turut membentangkan peranan dan pencapaian Kementerian serta agensi yang telah dilaksanakan di negeri Sabah pada pertemuan yang berlangsung selama 1 jam.

Selain itu Tun Juhar diberikan penerangan yang menyeluruh berkenaan jalinan kerjasama di antara MOSTI dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah (KSTI) serta bantuan dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan merupakan initipati yang penting bagi memastikan dasar Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di peringkat persekutuan dapat diterjemahkan dengan baik ke peringkat negeri khususnya di akar umbi.

“Pada tahun ini MOSTI merancang beberapa program khususnya untuk negeri Sabah antaranya meneruskan program-program yang berimpak tinggi yang telah dilaksanakan pada tahun lepas.

“Antara program yang akan diteruskan termasuklah program Reskilling dan Upscalling for Deep Tech and Future Skills yang telah mendapat sambutan yang luar biasa disamping mencatatkan kadar pengambilan kerja sebanyak 100 peratus di negeri Sabah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat