KUALA LUMPUR – Sebelum bercakap soal kestabilan, adalah lebih baik UMNO melaksanakan pemilihan parti bukannya pilihan raya negeri (PRN).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mencadangkan supaya UMNO menyelesaikan masalah dalaman parti itu terlebih dahulu.

“Kalau UMNO nak bercakap mengenai kestabilan, bukan dengan cara pilihan raya negeri.

“Caranya buat pemilihan UMNO tu dulu! Selesaikan masalah dalaman kamu, tidak perlu bebankan rakyat sehingga buat PRN di musim COVID-19 sedang meningkat naik,” kata beliau.

Malah Wan Saiful membidas kalau UMNO kata PRN Johor diadakan untuk capai kestabilan, itu tipu semata-mata.

“Mereka kata kerajaan negeri tak stabil, mana pernah tak stabil. Ada BERSATU, PAS, Gerakan buat masalah? PH pun tak buat masalah dalam kerajaan negeri Johor.

“Bagi saya, apabila Datuk Hasni (Mohammad)kata bahawa dengan majoriti yang ada, dia tak boleh bentuk dan tadbir kerajaan dengan baik, itu bukan lambang ketidakstabilan kerajaan. Itu bukan masalah kita.

“Itu pengakuan dia yang dia tidak tahu mentadbir,”dakwa Wan Saiful.