Muhyiddin Minta Puad Zarkashi Mohon Maaf, Ganti Rugi RM10 Juta

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi UMNO  Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi  memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

Dalam surat tuntutan dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad hari ini, Muhyiddin, antara lain, menuntut Mohd Puad memadam kenyataan bertarikh 9 Feb mengenai kuarantin dari laman Facebooknya.

Tuntutan itu dibuat terhadap kenyataan Mohd Puad bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Feb lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

“Kami diarahkan bahawa kenyataan tersebut mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat,” menurut surat tuntutan yang ditandatangani oleh peguam Muhyiddin.

Firma guaman itu juga diarah untuk menuntut Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka disiarkan secara jelas dan segera di Laman Facebooknya dan semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Selain itu, Mohd Puad juga dituntut  mengeluarkan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.

“Kami diarahkan untuk menuntut agar bersetuju untuk membayar pampasan kepada anak guam kami sejumlah RM10 juta dan jika gagal menunaikan tuntutan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat ini, maka kami akan mengambil tindakan guaman terhadap anda,” katanya.

Difahamkan surat tuntutan tersebut dihantar melalui e-mel dan juga diserahkan secara tangan kepada Mohd Puad hari ini.

Pada 9 Feb lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

– BERNAMA

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

SPRM Gagal Gantung Keputusan Lucut Hak Wang RM100,000 Milik Kasitah Gaddam

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan hari ini gagal menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang berjumlah RM100,000...

Tiada Apa Perlu Ditakutkan Dengan Suntikan Vaksin COVID-19, Kata Penerima Awal

PUTRAJAYA - Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan suntikan vaksin COVID-19 kerana suntikan itu macam suntikan biasa untuk kesejahteraan diri, kata seorang petugas Kementerian...