Pemimpin PKR Dipanggil SPRM, PKR Perak Harap Tiada Campur Tangan Siasatan

- Advertisement -

IPOH – PKR Perak berharap siasatan telus tanpa sebarang campur tangan ke atas Timbalan Pengerusinya, M. A. Tinagaran yang dikatakan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, semua pihak juga diharap bertenang dan tidak membuat sebarang andaian berhubung perkara itu.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Tinagaran dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan hari ini.

“Diharap siasatan akan dijalankan secara telus dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Farhash Wafa, beliau berharap keluarga Tinagaran bersabar menempuh dugaan tersebut di samping sokongan sahabat dan penyokong parti.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ditanya mengenai perkara itu berkata, pihaknya tidak membuat sebarang penahanan atau memanggil Tinagaran

“Tak ada,” katanya menerusi pesanan ringkas aplikasi Whatsapp kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan sebuah portal hari ini, Tinagaran ditahan setelah hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan membabitkan isu projek pembangunan di Perak. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat