Kuarantin 3 Hari : PM Hantar Surat Tuntutan Kepada Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Datuk Dr Puad Zarkashi ekoran kenyataan dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu yang dianggap “memfitnah”.

Memetik laporan The Edge surat tuntutan itu dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership dan dialamatkan ke Puad di Putrajaya.

Ia berhubung hantaran dibuat bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu mengenai Muhyiddin di media sosial baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut Puad membangkitkan persoalan mengenai prosedur kuarantin ke atas Muhyiddin yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.

Menurut kandungan tuntutan itu The Edge melaporkan hantaran dibuat Puad mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat terhadap Muhyiddin.

Dalam pada itu, tuntuan itu menyatakan hantaran dibuat Puad secara tersirat mahu menyatakan Presiden Bersatu itu enggan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari dan mendorong Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan arahan baru mengenai prosedur berkenaan.

Arahan itu – yang dikeluarkan melalui warta persekutuan – menyatakan anggota kabinet yang baru pulang dari lawatan rasmi di luar negara hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.

Selanjutnya, LOD dilaporkan mendakwa hantaran Puad itu membawa maksud Muhyiddin menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk mendapatkan layanan istimewa.

Sebelum ini Puad diberi tempoh tujuh hari untuk memadamkan hantaran tersebut, memohon maaf secara terbuka di Facebok, portal berita dan media sosial dan ikrar untuk tidak mengulangi dakwaan berkenaan.

Puad juga dituntut membayar pampasan RM10 juta.

Memetik Malaysiakini, Puad mendakwa beliau belum menerima LOD tersebut.

“Saya belum terima LOD. Selepas terima, saya masih perlukan masa untuk menelitinya sebelum memberi respons,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat