Perhimpunan Agung UMNO Medan Muhasabah dan Pengukuhan Kepimpinan Parti – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2025 sebagai medan penting untuk parti bermuhasabah, memperkukuh saf kepimpinan serta menyatukan tekad dan iltizam dalam memastikan UMNO terus relevan, kukuh dan diyakini rakyat.

Beliau berkata, perhimpunan tahunan itu bukan sekadar platform perbahasan dan pertemuan perwakilan, sebaliknya ruang strategik untuk memperhalusi hala tuju parti dalam mendepani cabaran semasa negara yang semakin kompleks.

“Perhimpunan Agung ini menjadi medan penting untuk kita bermuhasabah, memperkukuh saf kepimpinan serta menyatukan tekad dan iltizam bagi memastikan UMNO terus relevan, kukuh dan diyakini rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut Onn Hafiz, kesatuan kepimpinan dan kejelasan iltizam perjuangan amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO sebagai parti yang terus memainkan peranan dalam pembangunan negara serta pembelaan terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan parti bergantung kepada kesediaan seluruh kepimpinan dan ahli untuk memperbaiki kelemahan, memperkukuh kepercayaan dalaman serta bergerak seiring dengan tuntutan semasa rakyat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat