UMNO Bahagian Bera sokong cadangan Presiden UMNO satukan ummah

KUALA LUMPUR, — Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan sokongan terhadap cadangan Presiden UMNO untuk menyatukan ummah Melayu sebagai langkah penting memperkukuhkan parti dan mempertahankan kedudukan agama serta bangsa dalam landskap politik semasa.

Mantan Perdana Menteri kesembilan itu Beliau berkata demikian selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pagi tadi.

Menurut Ismail Sabri, UMNO tidak boleh terus terperangkap dalam nostalgia kegemilangan lalu, sebaliknya perlu berani menerima realiti semasa termasuk hakikat bahawa sokongan orang Melayu kepada parti itu kini dianggarkan hanya sekitar 28 peratus.

Justeru, Ahli Parlimen Bera itu menyambut baik penekanan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mengangkat agenda penyatuan berbanding pemisahan sebagai asas untuk membina semula kekuatan politik UMNO dan orang Melayu.

Dalam keadaan politik yang semakin terpecah, Ismail Sabri menegaskan bahawa penyatuan ummah Melayu merupakan keperluan mendesak bagi memastikan kepentingan agama dan bangsa tidak terus terancam.

Mengulas gagasan Pintu Rumah Bangsa yang diperkenalkan Presiden UMNO, beliau berkata pendekatan itu berpotensi membuka ruang penyatuan lebih luas, merapatkan perbezaan pandangan serta menyatukan kembali kekuatan politik Melayu, termasuk membawa masuk semula mereka yang kini berada di luar UMNO.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kejayaan gagasan tersebut bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran semua pihak untuk melaksanakannya secara bersungguh-sungguh demi agama, bangsa dan tanah air.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat